JPJ Perkenal Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) Sebagai Ganti Geran Kereta Berkuatkuasa 1 Jun 2016
Sijil Pemilikan Kenderaan VOC |
BERMULA 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memperkenalkan satu kaedah baru, Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) atau lebih dikenali sebagai geran kereta. Geran original (green card) masih diterima pakai bagi pemilik yang belum membuat pertukaran kepada VOC.
Di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987, VOC masih merupakan suatu perakuan pendaftaran kenderaan yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan. Bezanya, VOC bukan lagi dokumen penting untuk urusan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik ataupun Pindaan Maklumat.
Ringkasnya, VOC hanya sekeping kertas A4 yang tercetak butiran pemilik dan kenderaan serta tidak mengandungi sebarang maklumat rekod urusniaga seperti yang terdapat dalam RC. Segala semakan data hanya boleh dilakukan melalui sistem pangkalan data di mana-mana cawangan JPJ.

Prosedur baru:
Untuk pembaharuan cukai jalan, korang tidak perlu lagi membawa geran atau VOC. Yang penting, ingat no. plat kenderaan & no.IC pemilik kenderaan. Itu sahaja. Geran atau VOC boleh juga dibawa untuk memudahkan petugas kaunter memasukkan maklumat dalam sistem.
Pemilik asal atau wakil yang datang untuk tujuan pembaharuan cukai jalan perlulah membawa IC original (wajib). Kalau pemilik itu sendiri yang datang, perlulah membawa IC (kad pengenalan sendiri) dan begitu juga sebaliknya. IC pemilik asal tidak perlu dibawa jika wakil yang datang, sebaliknya wakil itu sendiri perlu mengemukakan IC-nya. (Jangan risau, walaupun cip IC tersebut rosak, tiada masalah).
Tiada lagi cetakan pada bahagian belakang geran original lama (green card), begitu juga bagi yang menggunakan VOC.
Pemilik asal atau wakil yang datang perlu mengisi maklumat pada resit borang JPJ-01, pada borang tersebut juga cetakan harga / gst dll di-print.
Bagi yang ingin memperbaharui cukai jalan dan insuran sekali, wajib bawa geran atau VOC kerana maklumat kenderaan diperlukan seperti no.enjin, casis dll.