Medical Card Individu dan Syarikat. Insurans Kereta, Travel, Kebakaran! Whatsapp 0134555888 sekarang!

Cara Guna Medical Card Korporat Takaful Malaysia

Cara Guna Medical Card Korporat Syarikat Takaful Malaysia

Notis Penting kepada Customer Saya

Sila save dalam handphone anda, nombor di bawah:

MiCare Care Line = 1800887940
MiCare Care Line = 1800887940
MiCare Care Line = 1800887940

Aplikasi wajib dalam handphone semua pemegang medical card korporat:
Apps MiCare MyMed
Apps MiCare MyMed
<< Sila INSTALL Apps = MiCare MyMed dalam handphone anda! >>
<< Sila INSTALL Apps = MiCare MyMed dalam handphone anda! >>
<< Sila INSTALL AppsMiCare MyMed dalam handphone anda! >> 
* Sila rujuk emel anda untuk username dan password Apps ini. Jika tak dapat, sila update dengan HR anda alamat emel dan maklumkan anda belum dapat username dan password untuk Apps ini SEGERA!!!

Senarai Hospital Panel MiCare Syarikat Takaful Malaysia = < SINI >
Senarai Klinik    Panel MiCare Syarikat Takaful Malaysia  = < SINI >




Sebelum tu, sila pastikan Syarikat anda Cover apa?

1- Medical Card untuk warded hospital sahaja ATAU
2- Medical Card untuk warded hospital dan Klinik Panel


Apa yang TAK COVER oleh Medical Card Korporat Syarikat Takaful Malaysia ni ? = < SINI >


* kalau anda dapati sakit anda dalam list ini, maka sakit tersebut tidak di cover ya

Perkara Anda Wajib Tahu Sebelum Guna Medical Card (bermula dari tarikh syarikat ambil polisi. Tak tau tanya HR):

1- Accident - Tiada waiting period
2- Normal Illness - 30 hari waiting period
3- Specified Illness - 120 hari waiting period
(a)
Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit Kardiovaskular;
(b)
Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari;
(c)
Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan kerongkong;
(d) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele;
(e) Endometriosis
termasuk penyakit sistem pembiakan wanita;
(f)
Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.
4- Pre Existing Illness - 120 hari waiting period
5-
Kanser60 hari waiting period

* Semua staf baru join polisi atau ahli baru join polisi, perlu lalui tempoh Waiting Period 120 hari ini!

Persediaan untuk ke hospital Panel

1- Bawa Mykad dan Medical Card Korporat Syarikat Takaful Malaysia
2- Duit deposit masuk wad hospital RM300-500 (Kalau hospital minta, akan dipulangkan semasa check out). Kalau tak minta, kira masuk wad free sahaja lah. Kalau mahal, sila minta kurang dengan hospital, contoh hospital minta RM800, anda beritahu tak ada duit cash, boleh tak RM200 je...nego baik ye.

3- Ingat, GL ni ambil masa untuk proses...anda mungkin perlu tunggu ATAU balik rumah dulu sehingga pihak hospital call untuk maklumkan GL lulus. Kebiasaannya 2-4 jam sahaja prosesnya. Jika kes rumit, akan ambil lebih masa. Inilah yang menyebabkan anda perlu balik rumah dan tunggu telefon dari hospital. Jika anda mahu result tanpa menunggu = Call MiCare 1800887940 . Tanya GL dah approved atau belum.

4- Bawa pakaian dan keperluan bersesuaian. Jangan guna yang hospital sediakan sebab kena bayar (ingat, hanya rawatan perubatan yang dicover. Tuala, kain lap, baldi, extra bedsheet, dan lain lain peralatan tidak di cover oleh medical card korporat).
5- Pastikan anda tahu Medical Card anda cover harga bilik berapa dan had tahunan anda berapa (juga baki had tahunan anda tinggal berapa). Mana nak tahu? Sila lah install Apps MiCare MyMed dalam handphone android atau iOS Apple (username dan password ada dalam emel anda. Telah dihantar di awal pendaftaran medical card oleh pihak syarikat).
6- Untuk dicover, pastikan anda warded. Sila bincang dengan doktor merawat anda bahawa anda nak guna medical card company dan mohon adjustkan warded untuk rawatan. Wajib WARDED sahaja!
7- Pastikan dalam masa 24 pertama (start 2 jam pertama lagi patutnya), anda dah tanya tentang status GL (Guarantee Letter) approve atau tidak oleh syarikat takaful malaysia. Kalau tak approve, anda mohon keluar dan maklumkan tak mahu teruskan rawatan kerana tidak di cover oleh Medical Card Korporat anda. Jika masih tak dapat status, sila insist dengan doktor merawat dan call
MiCare Care Line = 1800887940 untuk status GL anda. Penting, kalau anda tak pastikan status GL nanti anda kena bayar bila guna duit poket sendiri. Ribu ribu tau!

8- Jika anda ingin BERJUMPA DOKTOR PAKAR, sila dapatkan surat refer daripada klinik terlebih dahulu. Rawatan doktor pakar di hospital panel memerlukan surat REFER LETTER. Tak boleh walk-in macam biasa, kemudian demand nak jumpa atau rawatan dari Doktor Pakar sahaja. Takaful Malaysia ingin memastikan hanya betul-betul perlu rawatan doktor pakar sahaja (setelah doktor biasa dah check dan refer kepada pakar), barulah boleh.


Semoga dipermudahkan urusan anda semua. Ingat:

1- Sentiasa check baki had tahunan masing masing (rujuk Apps MiCare MyMed atau call MiCare 1800887940)

2- Pastikan GL Approved baru proceed...tak cover jangan guna :)



Perhatian jika berlaku diluar dugaan:

1- Doktor yang merawat tidak dapat diagnos atau pastikan penyakit, selagi keputusan belum dapat daripada ujian makmal/xray/MRI/sample test/related test. Jika result test adalah negatif (anda tiada penyakit yang perlu warded atau dalam coverage), maka kes ini tidak dicover dan kos berkaitan adalah dalam tanggungan anda dan tidak boleh claim. Medical card hanya cover kes yang warded dan dapat dikenalpasti jenis penyakit (confirmation by Doctor).
2- Harap bersabar dan faham situasi ini. Bukan salah mana mana pihak tapi Doktor pun manusia biasa yang tidak dapat membuat keputusan tepat kalau tak dapat maklumat terperinci. Jika keputusan negatif, Alhamdulillah anda sihat. 





 



* Ini hanya pendapat peribadi saya.
* Dilarang untuk disebarkan tanpa pengetahuan saya.







Copyright © Insurans Takaful Malaysia Terbaik Designed by azhafizah.com