Medical Card Individu dan Syarikat. Insurans Kereta, Travel, Kebakaran! Whatsapp 0134555888 sekarang!

Syarikat Takaful Malaysia

Syarikat Takaful Malaysia

Syarikat Takaful Malaysia
Syarikat Takaful Malaysia

 

 

Latar Belakang Syarikat Takaful Malaysia

Syarikat Takaful Malaysia Berhad (Takaful Malaysia atau Syarikat) ditubuhkan pada tahun 1981 apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji kebolehlaksanaan penubuhan sebuah syarikat Insurans Islam di Malaysia. Ini telah secara langsung membawa kepada penubuhan Takaful Malaysia pada 29 November 1984 dan memulakan operasinya pada 22 Julai 1985. Selepas beroperasi lebih daripada satu dekad, Syarikat telah dijadikan sebuah syarikat awam berhad pada 19 Oktober 1995, diikuti dengan penyenaraian sahamnya di Papan Utama (kini dikenali sebagai 'Pasaran Utama') di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 30 Julai 1996.

Modal saham berbayar Syarikat berjumlah RM164 juta yang terdiri daripada 820,943,855 saham biasa bernilai RM0.20 setiap satu dengan modal dibenarkan sebanyak RM500 juta yang terdiri daripada 2,500,000,000 saham biasa bernilai RM0.20 setiap satu dan jumlah aset di peringkat Kumpulan berdiri teguh pada aras RM7.7 bilion.

Selama lebih tiga puluh tahun, syarikat kami telah menjadi salah satu pengendali Takaful yang terkemuka di Malaysia dengan kedudukan kewangan yang utuh dan kepakaran di dalam bidang pengurusan risiko bagi memenuhi keperluan pelanggan di seluruh 23 pusat perkhidmatan kami. Organisasi telah berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui kerjasama erat bersama mereka serta menjana pertumbuhan keuntungan yang konsisten bagi membolehkan syarikat memberi pulangan yang tinggi kepada para pemegang saham. Dengan portfolio perniagaan Takaful Keluarga dan Am, keupayaan saluran pengedaran yang pelbagai, perkongsian strategik yang kukuh, produk-produk yang berteraskan pelanggan serta perkhidmatan dan ekuiti jenama yang berkaliber, Takaful Malaysia komited untuk membantu orang ramai mencapai cita-cita mereka untuk masa depan yang cerah dan kedudukan kewangan yang lebih selamat.

Kami telah berjaya menetapkan penanda aras di dalam industri Takaful kepada rakan-rakan dan pesaing kami. Anugerah dan pencapaian kami adalah pengiktirafan daripada pasaran dan kami berbangga dengan pasukan yang bekerja begitu keras untuk memastikan anugerah-anugerah ini di dalam gengaman kami. Sebagai perintis dalam industri, kami merupakan pengendali Takaful pertama dan satu-satunya yang telah secara konsisten memberi ganjaran Pulangan Tunai kepada pelanggan Takaful Am kami sekiranya tiada sebarang tuntutan di buat sepanjang tempoh perlindungan. ​​​​​​

Pemegang saham utama kami ialah BIMB Holdings Berhad (BHB) dengan kepentingan sebanyak 59.88% di Takaful Malaysia. Di bawah Kumpulan BHB, BHB juga memiliki bank Islam pertama di Malaysia iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam). Syarikat induk BHB adalah Lembaga Tabung Haji dengan pegangan saham semasa sebanyak 52.76​%. Kumpulan BHB merupakan salah satu pemangkin dalam membangunkan sektor kewangan Islam di Malaysia.

Visi dan Misi

Matlamat kami adalah melangkaui jangkaan/harapan pelanggan melalaui:

1- Kecermelangan Operasi
2- Kebolehan dalam Daya Saing Teknologi
3- Inovasi Produk
4- Budaya Kerja Berorientasikan Prestasi



 Struktur Syarikat Takaful Malaysia


 Struktur Syarikat Takaful Malaysia
 Struktur Syarikat Takaful Malaysia



Lembaga Pengarah Syarikat Takaful Malaysia


Tan Sri Dato’ Ahmad Fuzi​
Haji Abdul Razak

Pengerusi
(Pengarah Bukan Eksekutif Bebas)
Dato' Sri Mohamed Hassan Kamil
Pengarah Urusan Kumpulan
Dato' Othman Abdullah
Pengarah Bukan Eksekutif
Bebas Kanan
Datuk Rozaida Omar
Pengarah Bukan Eksekutif
Bukan Bebas
Mahadzir Azizan
Pengarah Bukan Eksekutif
Bukan Bebas
Zakaria Ismail
Pengarah Bukan Eksekutif
Bebas
Mohd Tarmidzi Ahmad Nordin
Pengarah Bukan Eksekutif
Bukan Bebas
Datin Sri Azlin Arshad
Pengarah Bukan Eksekutif
Bebas

Model Perniagaan Syarikat Takaful Malaysia

Model perniagaan Takaful Malaysia adalah berasaskan keperluan dan amalan Syariah. Ia telah menerima pakai kontrak Wakalah sebagai model perniagaannya.

Model ini membolehkan Takaful Malaysia menyediakan sistem agensi yang efektif dalam mengagihkan produk Takaful dengan nilai komersial yang baik dan menyediakan ganjaran yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan. Ejen atau perantara juga memainkan peranan penting dalam komuniti ini. Mereka memberikan kesedaran terhadap kepentingan insurans dan meyakinkan orang ramai tentang manfaatnya. Orang ramai boleh merujuk kepada perantara terlatih ini untuk nasihat dan mengesyorkan pelan-pelan yang bersesuaian bagi memenuhi kehendak dan keperluan masing-masing.

Di bawah model ini, Takaful Malaysia akan bertindak sebagai ‘ejen’ untuk menguruskan dana Takaful bagi pihak peserta dan berhak menerima Yuran (Perkhidmatan) Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.

Model ini juga menyediakan satu konsep unik iaitu berkongsi lebihan agihan kepada para peserta. Dengan menyumbangkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana Takaful, kedua-dua peserta dan Takaful Malaysia berhak untuk berkongsi lebihan dana, sekiranya ada.

Nota: Tabarru’ (kos insurans) bermakna sumbangan untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah dengan tujuan memupuk perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di antara para peserta.


Business Model Syarikat Takaful Malaysia
Business Model Syarikat Takaful Malaysia

Profil Korporat Syarikat Takaful Malaysia

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan jelas, sila <KLIK SINI>



Semua maklumat adalah daripada laman web rasmi Syarikat Takaful Malaysia.Sila rujuk untuk pengesahan dan maklumat terkini = http://www.takaful-malaysia.com.my




Jika berminat dengan pelan takaful daripada Syarikat Takaful Malaysia, boleh Whatsapp saya untuk maklumat lanjut


Whatsapp SEGERA FairuzRamli <Klik Whatsapp SINI>



















Copyright © Insurans Takaful Malaysia Terbaik Designed by azhafizah.com