Soalan FAQ Medical Card Takaful Terbaik
Berikut adalah soalan soalan lazim berkaitan dengan medical card terbaik ni. Ia juga akan menjadi rujukan untuk terma terma berkaitan coverage anda. Sila fahami betul betul.
Soal Jawab Takaful Malaysia Medical Card |
S1: Bagaimana caranya bagi saya mendaftarkan para pekerja untuk Takaful mySME Partner?
Anda mesti melengkapkan Borang Permohonan dan Perakuan (Borang A) dan Borang Pendaftaran/Pertukaran (Borang B).
Bagi manfaat hayat bertempoh, pekerja dikehendaki untuk melengkapkan Borang Perakuan Kesihatan Peribadi (Borang C) dalam mana-mana keadaan berikut:
(1) Bilangan pekerja sama atau kurang dari 10 pekerja; atau
(2) Pekerja di mana jumlah perlindungan melebihi RM150,000
Bagi manfaat perubatan, semua pekerja dikehendaki untuk melengkapkan Borang C untuk syarikat dengan 10 pekerja atau kurang. Sila sertakan bayaran caruman anda bersama-sama dengan borang yang lengkap.
S2: Bilakah perlindungan pekerja saya berkuat kuasa?
Perlindungan pekerja anda akan berkuat kuasa pada tarikh kami menerima borangborang yang lengkap bersama-sama dengan bayaran caruman penuh, tertakluk kepada penerimaan kami.
S3: Bolehkah saya menukar/menaikkan taraf faedah-faedah pekerja saya?
Ya, pertukaran/menaikkan taraf faedah boleh dilakukan pada pembaharuan dan ianya tertakluk kepada penerimaan kami.
S4: Bolehkah pekerja saya dilindungi dalam mana-mana pelan yang saya ingin tawarkan?
Anda dikehendaki mendaftar pekerja anda dalam kategori pekerjaan yang sama di bawah pelan yang sama. Sebagai contoh, Pelan 1 untuk kategori ‘Pengurus’, Pelan 2 untuk kategori ‘Eksekutif’ dan Pelan 3 untuk kategori ‘Lain-lain’. Ini hendaklah juga dipakai jika terdapat permintaan untuk menukar/menaik taraf manfaat mana-mana pekerja pada pembaharuan sijil.
S5: Apakah itu Penyakit Sedia Ada?
“PENYAKIT SEDIA ADA” bererti keilatan yang sewajarnya diketahui oleh Orang Yang Dilindungi sebelum Tarikh Kuatkuasa. Orang Yang Dilindungi dianggap mempunyai pengetahuan sewajarnya mengenai penyakit sedia ada itu sekiranya memenuhi salah satu syarat berikut:
(a) Orang Yang Dilindungi telah menerima atau sedang menerima rawatan;
(b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan yang telah disyorkan;
(c) simptom-simptom ketara dan jelas atau telah terbukti; atau
(d) kewujudannya dapat dilihat dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu.
S6: Apakah itu Penyakit Tertentu?
“PENYAKIT TERTENTU” bererti keilatan-keilatan berikut dan komplikasi-komplikasi berhubungan dengannya, yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari Tarikh Kuatkuasa:
(a) Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit Kardiovaskular;
(b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari;
(c) Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan kerongkong;
(d) Hernia, hemoroid, fstula, hidrosele, varikosele;
(e) Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan wanita;
(f) Gangguan spina vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut.
S7: Bagaimana untuk dimasukkan ke hospital panel dengan mudah?
Sekiranya anda dilindungi di bawah perlindungan sijil, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk menghubungi pembekal perkhidmatan yang kami lantik untuk bantuan. Sila ambil perhatian berkenaan dengan penyakit, terdapat tempoh menunggu 30 hari sebelum perlindungan pekerja anda bermula.
S8: Adakah pekerja anda akan dilindungi di luar Malaysia?
Ya, semua manfaat boleh diguna pakai di seluruh negara dua puluh empat (24) jam sehari. Walau bagaimanapun, jika pekerja/tanggungan memilih untuk dirawat di luar Malaysia, manfaat penghospitalan dan pembedahan yang perlu dibayar akan berdasarkan bayaran munasabah dan biasa diamalkan untuk rawatan yang setara yang dilakukan di Malaysia tidak termasuk kos pengangkutan ke tempat rawatan. Untuk PPA dan PPP pesakit luar di luar negara, manfaat yang dibayar adalah sehingga had masing-masing yang dinyatakan dalam brosur.
Macam mana? Berminat Apply?
Whatsapp FairuzRamli 0134555888